Wednesday 7 November 2012

Tahniah Kepad Semua Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum.
Sempena Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang yang sedang berlangsung di peringkat cawangan saya ingin menarik perhatian Ibu bapa dan guru berkenaan dengan 2 kisah sirah Nabi Muhammad dan para sahabat.

 Pertamanya berkenaan kisah Kaab bin Malik setelah lebih 40 hari dipulaukan Nabi dan masyarakat kerana tidak ke medan perang lalu taubatnya diterima Allah. Lalu dugambarkan dalam satu hadith panjang( Mustika Hadith) menyatakan bagai mana beliau disambut seluruh sahabat dengan begitu meriah oleh para Sahabat dan Rasulullah kerana ia satu kejayaan besar buat Kaab bin Malik dan 2 orang sahabat lagi.
 Sebuah kisah lagi berkenaan Kaab bin Zuhail. Kaab bin Zuhail asalnya seorang kafir Quraisy. Ketika pembukaan Kota Mekah beliau menyorok kerana takut kepada tentera muslim. Sehingga lah Rasulullah lalu disebuah lorong, meliau mendendangkan sebuah syair indah memuji kepimpinan Nabi dan menyatakan keIslamnya kepada Rasulullah. Lalu dihadiahnya oleh Rasulullah selimut baginda yang mulia itu.

 Sirah mununjukkan bagaimana dirai mereka yang mendapat kejayaan dan ia harus dicontohi. Saya mengucapakn tahniah kepada PASTI yang berjaya mengadakan Hari Anugerah Pelajar, kerana ia bukan sahaja satu prosedur penting, malah ia adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
 Abdullah Nasih Ulwan dalam Kitabnya yang mahsyur "Tarbiyyatul Aulad" menggariskan satu bab berkenaan "memberi penghargaan" , yang ingin saya tekankan bukan sahaja dalam konteks pelajar tetapi seluruh aspek kehidupan kita. Kitab tersebut meletak 3 perkara utama
1. Membuat satu majlis gembira yang mana semua orang ceria dalam meraikan sebuah kejayaan.
2. Mengucapkan kata2 manis dan berdoa kepada yang berjaya
3. Memberi hadiah penghargaan
       
Semoga ia menjadi panduan kita dalam meraikan sesiapa sahaja yang berjaya. Saya yakin itu lah seperti apa yang kita anjurkan selama ini.
 Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang, dan kurang cemerlang saya yakin semuanya akan dibalas oleh Allah jua.
 Saya mengharapkan semua pihak agar terus memberi sokongan dalam apa jua bentuk kepada PASTI, terutama sekali untuk terus menghantar anak ke PASTI. Saban tahun, PASTI akan membawa pembaharuan dan penambh baikkan, Alhamdulillah pada tahun ini PASTI berjaya menerbitkan lagu animasi PASTI yang saya yakin telah didendangkan dan ditonton anak anak PASTI secara meluas. InsyaAllah pada tahu hadapan akan diperkenalkan sistem cepat membaca Qur'an , lebih tepat lagi Nurul Qur'n . Silibus ini adalah penambahbaikan dari penggubal silibus kita yang terdiri dr Alim Ulama' , Doktor Universiti dan Guru. InsyaAllah akan memudahkan anak2 kita membaca Qur'an. YAng ke dua ialah akan diperkenalkan Silibus PRA TAhfiz (di PASTI terpilih) yang akn membolehkan anak anak PASTI menghafal Muqadam dari Surah An NAs sehingga Ad Dhuha dan juga dua surah panjang yang salah satunya Al Mulk. YAng mana pioneer nya di Selngor telah berjalan dengan jayanya sejak 2 tahun lalu.Pada tahun depan juga akan diadakan Umrah PASTI yang akandiiringi Ustaz Naharudin Hasan Tantawi (KP) dan Ustaz  Tuan Ibrahim Tuan Man. Kepada yang berminat boleh menghubungi PASTI KAwasan atau Unit.
Akhir sekali saya ingin ingatkan  bahawa PASTI ialah salah satu program kebajikan PAS kepada masyarakat dalam aspek pendidikan. Kami PAS konsisten membangunkan sistem ini dalam memstikan pendidkan Islam terus subur dan terus dikembangkan agar anak2 kita sejak kecil lg diajar mengikut acuan Islam. InyaAllah dalam masa yang akn datang akan terus dipanjangajan lagi ke peringkat yang lebih tinggi.InsyaAllah.
-Pengerusi PASTI Bukit Gantang-

Monday 26 December 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG PASTI PARLIMEN BUKIT GANTANG

AHLAN WASAHLAN. SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PASTI PARLIMEN BUKIT GANTANG. SEMOGA PERKONGSIAN DI SINI MEMBERI MANFAAT DALAM MEMBINA UMMAH AKAN DATANG.